Pelayaran sulung M/V Piano Land, pengalaman mewah mesra muslim di lautan biru

Share this article to:

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan mesra Muslim apabila Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. mengumumkan pelayaran sulung M/V Piano Land, kapal persiaran pertama dari China yang akan berpengkalan di Malaysia.

Kapal mewah ini dijadualkan memulakan pelayaran sulungnya pada 29 November 2025, menandakan era baharu dalam pelancongan halal bertaraf antarabangsa.

Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours, Kenny Cheong berkata, inisiatif ini adalah simbol kesediaan Malaysia untuk membawa konsep pelancongan mesra Muslim ke peringkat global.

“Kami ingin membuktikan bahawa pelayaran mewah juga boleh diraikan dalam suasana yang menghormati nilai halal dan kepelbagaian budaya. Piano Land direka bukan sahaja untuk pelancong Muslim, tetapi untuk semua yang ingin menikmati pelayaran yang penuh kehangatan, keindahan dan kemesraan Asia,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Astro Ocean Cruise, Jian-feng Tong melihat kolaborasi ini sebagai titik tolak penting bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam pelancongan halal antarabangsa.

“Kerjasama ini bukan sekadar membuka laluan pelayaran baharu, tetapi juga menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mampu menawarkan pengalaman pelancongan bertaraf dunia yang mengekalkan nilai halal dan menghormati kepelbagaian budaya,” ujarnya.

Kapal Persiaran yang Dirancang Khas untuk Pelancong Muslim

Apa yang menjadikan M/V Piano Land istimewa ialah pendekatannya yang benar-benar memahami keperluan pelancong Muslim. Semua dapur dan kemudahan makanan di atas kapal telah diperakui halal, dengan pelbagai sajian tempatan dan antarabangsa disediakan mengikut piawaian halal global. Antara tarikan paling dinanti ialah itik panggang gaya Hong Kong versi halal, yang pastinya menjadi hidangan ikonik sepanjang pelayaran.

Selain itu, ruang solat yang selesa dan mudah diakses disediakan bagi memudahkan penumpang menunaikan ibadah. Suasana keluarga juga diberi perhatian  dengan program hiburan malam, kelab kanak-kanak interaktif dan pelbagai aktiviti santai yang sesuai untuk semua peringkat umur. Segala elemen ini menjadikan M/V Piano Land sebagai kapal persiaran pertama yang benar-benar menepati konsep hospitaliti mesra Muslim.

Pelancaran M/V Piano Land bukan sekadar pengenalan kapal baharu, tetapi satu langkah strategik Malaysia untuk memperkukuh segmen pelancongan halal yang kini berkembang pesat di seluruh dunia.

Menurut laporan industri, nilai pasaran pelancongan mesra Muslim dijangka melebihi USD 300 bilion menjelang tahun 2030 dan Malaysia sedang berada di barisan hadapan untuk merebut peluang ini.

Dengan pelayaran sulungnya yang bakal berlabuh dari Malaysia hujung tahun ini, M/V Piano Land menjanjikan pengalaman pelayaran yang bukan sahaja indah dan mewah, tetapi juga berlandaskan nilai Islam yang menenangkan. Ia adalah simbol evolusi pelancongan moden di mana kemewahan dan keberkatan boleh berlayar seiring di lautan biru.

Piano Land bukan sekadar kapal, tetapi gaya hidup baharu untuk pelancong Muslim yang ingin meneroka dunia tanpa kompromi terhadap prinsip halal, keselesaan dan keluarga.

Kemunculan M/V Piano Land turut diraikan sempena Pameran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair (MFTF) 2025, di mana Hwajing tampil sebagai Rakan Rasmi Kapal Persiaran. Langkah ini menegaskan lagi hasrat Malaysia untuk menjadi hab pelancongan kapal persiaran serantau dan destinasi pilihan bagi pelancong Muslim yang mencari pengalaman percutian mewah, selamat dan beretika.

#HwajingTravel #CruisewithHwajing #ExperienceHwajing

Source: Utusan TV

Follow us on:

About Hwajing

As Malaysia’s cruise pioneer, Hwajing Travel & Tours has decades of experience making cruise holidays easy, exciting, and accessible for Malaysians.

  • Recognised by the Malaysia Book of Records as the First International Chartered Cruise Homeporting company
  • Renowned for creative itineraries and strong international cruise partnerships
  • Now proud to present this exclusive collaboration with PIANOLAND, bringing you a rare opportunity to travel, explore, and experience music at sea, all in one journey

This isn’t just a cruise. It’s an experience with Hwajing.

No data was found
Best Travel Theme

Elementor Demos

With Love Travel WordPress Theme you will have everything you need to create a memorable online presence. Start create your dream travel site today.

Best Travel Theme

Elementor Demos

With Love Travel WordPress Theme you will have everything you need to create a memorable online presence. Start create your dream travel site today.

Discover the World, one Full Adventure at a Time!

Our Contacts

Address

1080 Brickell Ave - Miami

United States of America

Email

info@travel.com

Phone

Travel Agency +1 473 483 384

Info Insurance +1 395 393 595

Follow us